Punca perbalahan Ladang_Shebaa

Israel telah menawan Ladang Shebaa ketika menguasai Bukit Golan dari Syria ketika Perang Enam Hari 1967 . Sejak itu Ladang Shebaa menjadi milik dan dikawal oleh tentera Israel. Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan dengan jelas bahawa tindakan Israel ini tidak sah dari segi sejarah dan perlu dikembalikan kepada Syria. Namun puak Syiah-Hezbollah mahu Ladang Shebaa dipulangkan kepada Lebanon kerana mengikut peta lama, ia adalah dalam wilayah Lebanon , bukan dalam wilayah Syria.

Kontroversi mula timbul apabila tentera Israel menjajah selatan Lebanon pada 25 Mei 2000. Pada 18 Jun 2000 Majlis Keselamatan PBB mahu gencatan senjata antara Israel dan Lebanon sebagai Resolusi 425. Syria dan Lebanon mempertikaikan tindakan PBB terhadap Ladang Shebaa. Malahan Hezbollah turut menuntut bahawa ladang itu milik mereka dan menjadi alasan mereka untuk menyerang Israel.

Ramai diplomat mahu Lebanon dan Syria berunding tentang sempadan sebenar antara kedua-dua negara dan jangan biarkan Israel mengambil kesempatan . Namun Presiden Bashar al-Assad dari Syria enggan berunding selagi tentera Israel tidak keluar dari sana.